Tuesday, May 19, 2009

Salam Pertemuan

Salam dan selamat sejahtera

Diharapkan pelajar-pelajar praktikum saya sentiasa berada dalam keadaan sihat. Nampaknya tempoh bercuti sebelum bermulanya hari pertama praktikum semakin hampir. Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya dah dekat 2 minggu saudara/i meninggalkan saya dan UUM. Perginya saudara/i bukan kerana cuti, tetapi akan ada satu tanggungjawab besar yang perlu didukung agar 6 jam kredit yang diberikan dapata dimanfaatkan sepenuhnya.

Dikesempatan masa yang singkat ini, selepas membaca dan melihat blog Prof. Madya Dr. Abdul Halim, saya merasakan ini merupakan salah satu medium terbaik untuk kita sama-sama manfaatkan kecanggihan teknologi. Melalui blog ini, saya mengharapkan para pelajar dapat bertindak proaktif lagi di dalam menyediakan laporan praktikum. Melalui blog ini, saudara/i boleh meluahkan apa sahaja yang ingin diketahui, masalah berbangkit, ketidakfahaman mengenai satu-satu isu, ketidakjelasan mengenai laporan praktikum, kekaburan SPSS dan mungkin juga saudara/i boleh berkongsi sebarang cerita sepanjang menghadiri praktikum. Contohnya hari pertama praktikum: apa perasaan dan apa yang saudara/i suka/ tidak suka berkenaan organisasi yang dihadiri.

Cukup setakat ini dahulu, InsyaAllah kita akan kerap berbicara atau berchatting melalui ruangan "chatango" yang saya sediakan di blog ini. Semoga keakraban terjalin sampai bila-bila.
Salam ukhuwah dari saya.

~bluestwu~

No comments:

Post a Comment